Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Adab Ziarah Tanah Perkuburan




1.      Sunat memberi salam dan mendahului kaki kanan apabila memasuki tanah perkuburan.

2.      Sunat mengambil wuduk - jika dikawasan tanah perkuburan ada masjid adalah lebih baik menunaikan Solat Tahyatul Masjid samaada sebelum atau selepas menziarahi tanah perkuburan.  Jika dilakukan solat itu sebelum ada terlebih baik.

3.      Makruh bagi wanita  tetapi jika ada percampuran nyata diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya HARAM.  Bagi wanita yang telah tua hukumnya harus.

4.      Sunat dibaca ayat suci Al-Quran seperti surah Al-Fatihah disusuli dengan doa.  Sebaiknya bertahlil disusuli dengan bacaan doa.

5.      Duduk hampir dengan kuburnya.

6.      Dilarang tawaf sekeliling kubur sambil memohon sesuatu hajat pada nya kerana ini adalah perbuatan yang di larang agama dan perbuatan  seumpama itu adalah bidaah yang mungkar.

7.      Lebih mulia jika ziarah pada hari Jumaat atau hari lebaran.  Hari lain juga tidak  menjadi kesalahan.

8.      Jauhi bercakap dengan kuat terutama hal-hal keduniaan.

9.      Membersih kubur yang diziarahi jika ditumbuhi rumput atau semak samun.

10.    Dilarang merokok atau sengaja mengotorkan tanah perkuburan.

11.    Switch off telefon bimbit kerana jika berbunyi boleh menganggu orang lain.

12.    Berpakaian yang kemas dan menutup aurat. Pakaian yang menjolok mata dasn tidak menutup aurat dilarang sama sekali.

13.    Dilarang melakukan kerja-kerja syirik seperti memuja, menurun menjampi dan sebagainya.

14.    Membantu menjaga keselamatan, kebersihan dan kemuliaan tanah perkuburan adalah satu amalan mulia dan wajar diamalkan.

15.    Ditegah membuang air kecil dan besar dikawasan masjid, kecuali ada disediakan tandas dikawasan tanah perkuburan.

16.    Dilarang makan dan membuat kenduri diatas tanah  perkuburan kecuali minuman sekadar  menghilangkan dahaga.

17.    Dilarang sama sekali memain alat muzik atau bunyian diatas tanah perkuburan.

18.    Pelawat bukan Islam boleh dan dialukan menziarahi tanah perkuburan dan mereka hendaklah berpakaian sopan walaupun tidak menutup aurat.


credit :

Saturday, May 19, 2012

Hukum Tahlil Arwah


Mengikut pendapat imam Syafie sendiri, kenduri arwah tidak digalakkan. Ini kerana ditakuti salah faham yang akan ditimbulkan oleh mereka yang kurang mantap akidah atau ilmunya. Tetapi di kalangan ashab (kawan dan ulama di kalangan pengikut beliau) ramai yang mengatakan ia sunat, dan sampai pahalanya kepada mayat. Ini kerana hadis yang mengatakan terputus amalan anak Adam setelah meninggal itu, melainkan melalui tiga perkara. Antaranya anak yang soleh yang berdoa untuknya. Jadi kalau tahlil itu dengan permintaan anaknya, bererti amalan dan usahanya sendiri, termasuk dalam firman-Nya yang bermaksud: 
 Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang diusahakannya (an-Najmi-39).

Begitu juga amalan orang lain yang diniatkan dan dihadiahkan kepadanya kerana ini bererti amalannya sendiri, sama ada dengan permintaan anaknya sendiri atau pemberian orang lain. Ini semua dikira amalan yang berpunca daripada usaha atau amalan si mati tersebut juga, seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Orang yang menunjuk kepada kebaikan itu adalah seperti orang yang mengerjakannya.

Begitu juga mereka yang meneroka satu perbuatan yang baik, maka baginya pahala amalannya sendiri dan pahala mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat tidak berkurangan pahala mereka sedikit pun. (hadis Muslim).

"Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan suatu kebaikan, Kami tambah pada kebaikan tersebut. "(Asyura-23).

Adapun pahala atau dosa yang berpunca daripadanya seperti anaknya sendiri dan amalan orang lain yang dihadiahkan kepadanya, atau disebabkan oleh anak atau keturunannya itu termasuk dalam amalan usahanya sendiri juga.

Kata ulama, segala pahala amalan anaknya akan sampai kepada bapanya tanpa perlukan niat, malah secara terus. Tetapi amalan keburukan orang lain tidak akan sampai melainkan ia berpunca daripadanya. Sabda Nabi, sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya, sebab itu orang lain boleh berdoa atau bersembahyang untuk saudaranya yang sudah meninggal dunia kerana pahalanya akan sampai kepada si mati tersebut.

Firman Allah , dalam surah an-Najmi ayat 38- 39 itu telah diselaraskan oleh para ulama seperti huraian di atas, bukan seperti yang difahami oleh orang kita yang mengatakan tidak boleh sampai amalan orang lain kepada si mati.

Itu ialah amalan yang tidak ada kaitan atau sebarang sebab langsung daripadanya, tetapi kalau amalan itu ada juga usaha atau sebab daripadanya, pasti pahala amalan itu akan sampai dan dapat diterimanya di akhirat nanti. Jika tidak tentulah sia-sia amalan atau doa kita sebagai umat Islam kepada saudaranya umat Islam yang lain. Malah dalam solat kita diajar supaya memberi salam iaitu meminta keselamatan kepada semua kaum Muslimin hamba Allah yang soleh.

Dalam al-Quran juga Allah mengajar kita supaya berdoa dengan pelbagai doa seperti firman Allah yang bermaksud: 
Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan bagi saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan, dan janganlah jadikan dalam hati kami, rasa iri hati atau perasaan dendam kepada mereka yang beriman. (al-Hasyr: 10).
 Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: 
Tuhan kami kurniakan kami dari kalangan isteri kami dan keturunan kami, mereka yang menjadi penyejuk pandangan, dan jadikanlah kami pemimpin bagi mereka yang bertakwa, (al-Furqan: 74).

Sebab itu para ashab Syafie memilih pendapat yang tidak dipilih oleh asy-Syafie sendiri, kerana dalil-dalilnya agak kuat dan jelas, iaitu pahala amalan orang lain boleh sampai dan dapat diterima oleh orang lain yang sudah meninggal sekalipun di akhirat kelak sampai seseorang itu ada yang akan menjadi muflis kerana pahala amalannya akan diberi kepada orang lain.

Adapun bilangan hari itu hanyalah semata-mata untuk memudahkan ingatan dan penjadualan sahaja, bukan kerana hari itu yang disuruh kita beramal untuk mengingati mayat keluarga tetapi disuruh setiap masa. Jangan pula ada orang kita yang sengaja tidak mahu faham, mereka mengatakan amalan baik itu bidaah, kerana ditentukan hari- harinya.

Di sini timbul punca perselisihan kita dengan mereka, malah mereka mengatakan sunat pada hari tersebut. Jika difahami betul-betul (sunat itu kerana hari tersebut) maka merekalah yang mengamalkan bidaah. Adapun bukan kerana hari tertentu sahaja kerana tidak ada sebarang nas atau dalilnya, malah suatu penjadualan amalan kebaikan itu sahaja, manakala amalan itu disunatkan kerana ada nas yang menyuruh melakukannya sama ada al-Quran atau hadis atau kias atau ijmak.

Sedangkan kalau ada jamuan pun, hendaklah diurus dan dibantu oleh orang lain sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah sendiri, bila kematian keluarganya Ja'afar. Bagi mereka yang selalu mempersendakan amalan kebaikan ini, kita kemukakan untuk mereka dua dalil di sini sudah cukup untuk mereka yang berfikir.

Satu, di dalam al-Quran di mana firman Allah yang bermaksud:
 "Berlumba-lumbalah mengerjakan kebaikan, (al-Baqarah: 148). 
Satu lagi, hadis yang bermaksud: 
Janganlah engkau menghinakan sebarang perkara makruf (adat kebiasaan tempatan yang baik) suatu apa pun. "(riwayat Muslim).
Hatta senyuman seseorang kepada saudaranya pun dikira amalan baik juga dan ada pahala tertentu di sisi Allah, kerana menggembirakan saudara Islam. Bagi mereka yang suka mencela kawannya yang beriman juga Allah berfirman bermaksud: 
"Mereka yang mencela orang-orang yang beriman yang bersuka ria memberi sedekah dan bersusah-payah memberi sedekah dengan menjamu makan fakir miskin atau membaca al-Quran dan sebagainya sekadar kemampuan mereka, lalu mereka sengaja mencela dan mengejek mereka semua, Allah akan membalas ejekan mereka dan azab seksa yang pedih." (at-Taubah: 79)

 Wallahualam.


sumber: 
 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3502.0 



Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus:
Hukum Tahlil Arwah



Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus:
Hukum Tabur / Letak Bunga Atas Kubur









Thursday, March 29, 2012

Tanda – tanda kematian kita…




Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. 
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



About This Blog