Tuesday, October 16, 2012

Drama Bersiri : Adam Dan Hawa



Ni drama yang mendatangkan ketagihan aku lately. Siyes, feeling giler tengok drama bersiri : Adam dan Hawa yang ditayangkan Hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam kat Astro Mustika HD ni.
Memandangkan aku tadak channel tu, maka tonton online ajelah kekdahnya.. ;-p

Mereka yang minat sama leh tengok ler yer. Saje nk share full episod Adam dan Hawa untuk repeat tontonan.. =)))). By the way, a lot of thanks pd mereka yg memuatnaik drama bersiri yg mendatangkan ketagihanku ni.. heheh




Full Episod Adam dan Hawa.

  1. Adam Dan Hawa Episod 1
  2. Adam Dan Hawa Episod 2
  3. Adam Dan Hawa Episod 3
  4. Adam Dan Hawa Episod 4
  5.  Adam Dan Hawa Episod 5
  6. Adam Dan Hawa Episod 6 
  7. Adam Dan Hawa Episod 7
  8. Adam Dan Hawa Episod 8
  9. Adam Dan Hawa Episod 9
  10. Adam Dan Hawa Episod 10
  11. Adam Dan Hawa Episod 11  
  12. Adam Dan Hawa Episod 12
  13. Adam Dan Hawa Episod 13
  14. Adam Dan Hawa Episod 14
  15. Adam Dan Hawa Episod 15
  16. Adam Dan Hawa Episod 16
  17. Adam Dan Hawa Episod 17
  18. Adam Dan Hawa Episod 18
  19. Adam Dan Hawa Episod 19
  20. Adam Dan Hawa Episod 20
  21. Adam Dan Hawa Episod 21
  22. Adam Dan Hawa Episod 22
  23. Adam Dan Hawa Episod 23
  24. Adam Dan Hawa Episod 24
  25. Adam Dan Hawa Episod 25
  26. Adam Dan Hawa Episod 26
  27. Adam Dan Hawa Episod 27
  28. Adam Dan Hawa Episod 28
  29. Adam Dan Hawa Episod 29
  30. Adam Dan Hawa Episod 30
  31. Adam Dan Hawa Episod 31 
  32. Adam Dan Hawa Episod 32
  33. Adam Dan Hawa Episod 33
  34. Adam Dan Hawa Episod 34
  35. Adam Dan Hawa Episod 35
  36. Adam Dan Hawa Episod 36
  37. Adam Dan Hawa Episod 37
  38. Adam Dan Hawa Episod 38
  39. Adam Dan Hawa Episod 39
  40. Adam Dan Hawa Episod 40
  41. Adam Dan Hawa Episod 41
  42. Adam Dan Hawa Episod 42
  43. Adam Dan Hawa Episod 43
  44. Adam Dan Hawa Episod 44
  45. Adam Dan Hawa Episod 45
  46. Adam Dan Hawa Episod 46
  47. Adam Dan Hawa Episod 47
  48. Adam Dan Hawa Episod 48
  49. Adam Dan Hawa Episod 49
  50. Adam Dan Hawa Episod 50
  51. Adam Dan Hawa Episod 51
  52. Adam Dan Hawa Episod 52
  53. Adam Dan Hawa Episod 53
  54. Adam Dan Hawa Episod 54
  55. Adam Dan Hawa Episod 55
  56. Adam Dan Hawa Episod 56
  57. Adam Dan Hawa Episod 57
  58. Adam Dan Hawa Episod 58
  59. Adam Dan Hawa Episod 59
  60. Adam Dan Hawa Episod 60
  61. Adam Dan Hawa Episod 61
  62. Adam Dan Hawa Episod 62
  63. Adam Dan Hawa Episod 63
  64. Adam Dan Hawa Episod 64
  65. Adam Dan Hawa Episod 65
  66. Adam Dan Hawa Episod 66
  67. Adam Dan Hawa Episod 67
  68. Adam Dan Hawa Episod 68
  69. Adam Dan Hawa Episod 69
  70.   Adam Dan Hawa Episod 70
  71. Adam Dan Hawa Episod 71
  72. Adam Dan Hawa Episod 72
  73. Adam Dan Hawa Episod 73
  74. Adam Dan Hawa Episod 74
  75. Adam Dan Hawa Episod 75
  76. Adam Dan Hawa Episod 76
  77. Adam Dan Hawa Episod 77
  78. Adam Dan Hawa Episod 78
  79. Adam Dan Hawa Episod 79
  80. Adam Dan Hawa Episod 80 

Tuesday, August 7, 2012

Bedak Arab Giveaway



jom join GA mama najla ni,
since aku dh pakai bedak ni moh ler try,
mane tau dpt free..
leh thn mahal jugak bedak arab ni.. =)



tarikh tutup : 10.08.2012




Monday, July 9, 2012

Adab Ziarah Tanah Perkuburan




1.      Sunat memberi salam dan mendahului kaki kanan apabila memasuki tanah perkuburan.

2.      Sunat mengambil wuduk - jika dikawasan tanah perkuburan ada masjid adalah lebih baik menunaikan Solat Tahyatul Masjid samaada sebelum atau selepas menziarahi tanah perkuburan.  Jika dilakukan solat itu sebelum ada terlebih baik.

3.      Makruh bagi wanita  tetapi jika ada percampuran nyata diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya HARAM.  Bagi wanita yang telah tua hukumnya harus.

4.      Sunat dibaca ayat suci Al-Quran seperti surah Al-Fatihah disusuli dengan doa.  Sebaiknya bertahlil disusuli dengan bacaan doa.

5.      Duduk hampir dengan kuburnya.

6.      Dilarang tawaf sekeliling kubur sambil memohon sesuatu hajat pada nya kerana ini adalah perbuatan yang di larang agama dan perbuatan  seumpama itu adalah bidaah yang mungkar.

7.      Lebih mulia jika ziarah pada hari Jumaat atau hari lebaran.  Hari lain juga tidak  menjadi kesalahan.

8.      Jauhi bercakap dengan kuat terutama hal-hal keduniaan.

9.      Membersih kubur yang diziarahi jika ditumbuhi rumput atau semak samun.

10.    Dilarang merokok atau sengaja mengotorkan tanah perkuburan.

11.    Switch off telefon bimbit kerana jika berbunyi boleh menganggu orang lain.

12.    Berpakaian yang kemas dan menutup aurat. Pakaian yang menjolok mata dasn tidak menutup aurat dilarang sama sekali.

13.    Dilarang melakukan kerja-kerja syirik seperti memuja, menurun menjampi dan sebagainya.

14.    Membantu menjaga keselamatan, kebersihan dan kemuliaan tanah perkuburan adalah satu amalan mulia dan wajar diamalkan.

15.    Ditegah membuang air kecil dan besar dikawasan masjid, kecuali ada disediakan tandas dikawasan tanah perkuburan.

16.    Dilarang makan dan membuat kenduri diatas tanah  perkuburan kecuali minuman sekadar  menghilangkan dahaga.

17.    Dilarang sama sekali memain alat muzik atau bunyian diatas tanah perkuburan.

18.    Pelawat bukan Islam boleh dan dialukan menziarahi tanah perkuburan dan mereka hendaklah berpakaian sopan walaupun tidak menutup aurat.


credit :

Thursday, June 21, 2012

Petua Awet Muda


Ini bukan petua utk mendapatkan awek muda yer kaum Adam sekalian.. ;-p




1) Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

2) Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

3) Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

4) Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

5) Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

6) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

7) Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat .

8) Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.

9) Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

10) Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

11) Amalkan solat tahajud.

12) Sentiasa tenang dan bersikap positif.

13) Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

14) Maafkan semua orang sebelum tidur


credit : NurulHusna




Monday, June 18, 2012

Tanda- tanda Terkena Sihir

 
 
Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !
 
  
i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
 
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
 
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
 
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
 
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
 
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
 
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
 
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
 
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
 
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
 
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
 
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
 
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
 
 
 
Ini adalah doa yg blh diamalkn utk menolak perbuatan sihir ni


 
 
 
 
 
 

Wednesday, May 30, 2012

Cara Mengubati Buruk Sangka


Tq utk Puan Izan Ishak atas perkongsian artikel ni :-


 

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:




1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.




2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.




3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.




4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.




5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.




6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.




(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)





Tuesday, May 22, 2012

Kunci Kebahagian


Jom pakat² kita amalkan..







About This Blog