Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda
berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau
berpenyakit misteri !
i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa
lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas
untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang
semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti
bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang
kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah
marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda
mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur.
Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba
semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum
tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu
dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh
bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang
besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah
tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati
(membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga
untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri,
mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat
sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang
bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam
rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing,
anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan
menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai,
kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
Ini adalah doa yg blh diamalkn utk menolak perbuatan sihir ni
No comments:
Post a Comment