Tq utk Puan Izan Ishak atas perkongsian artikel ni :-
6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih
mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan
kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak
mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan
kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada
mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat
atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa
mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan
akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah
SWT.
(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)
No comments:
Post a Comment